About Me

My photo
Assalamualamualaikum. I'm not perfect gurl but i will try my best in my life .

Blog Archive

Powered by Blogger.

Friday, December 23, 2011

5 MINIT

senyumlah tengok muka kita ni..

1.Untuk membentuk bibir yang menawan,ucapkan kata-kata kebaikan.

2.Untuk mendapatkan mata yang indah,carilah kebaikan setiap orang yang korang jumpa

3.Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing (ala ala buah pear gituu) , berbagilah makan kepada mereka yang kelaparan

4.Untuk mendapatkan rambut yang indah,mintalah seorang anak kecil menyisirnya dengan jemarinya setiap hari

5. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah , berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan , dan time tu korang tak akan pernah berjalan sendirian. 

p/s :Kecantikan wanita terdapat pada matanya,cara dia memandang dunia . Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia . 

Thursday, December 15, 2011

Dia Tidak Berdosa

"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad 


Hanya kerana nafsu serakahnya . Hanya kerana cinta yang tak seberapa . Maruah diri dinodai begitu sahaja.Tetapi apabila insan kecil yang luhur hatinya keluar ingin melihat bumi Allah mereka dibuang ibarat bangkai haiwan ? Mna perginya cinta yang mereka agungkannya itu ?

Dia hanya mengharapkan kasih sayang seorang ibu dan ayah

Assalamualaikum readers. Sejak akhir-akhir ini sering sangat kisah bayi dibuang, dibunuh atau ditinggalkan di merata-rata tempat termasuk tempat pembuangan sampah. Kejam kan manusia sekarang ni ? Dah macam balik ke zaman jahiliah pulak ..Menitis air mata saya melihat bayi-bayi comel tidak berdosa ini. Air mata akan mengalir laju apabila bayi-bayi tidak berdosa dan tidak pernah minta dilahirkan ke dunia ini akhirnya menemui ajal dek kerana sikap binatang ibu dan ayah sendiri.

Tiadakah sifat ehsan di hati mereka ?

Mereka dianggap seperti tiada nilai . 


Apabila semua ini terjadi siapa yang harus dipersalahkan ? Perempuan atau lelaki ? Atau mungkin mereka menyalahkan syaitan yang menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka ? Apabila semua ini lelaki bertepuk tangan ! Perempuan ? Hanya terduduk menangis mengenang nasib diri . Bukalah matamu seluas-luasnya wahai kaum hawa. Cinta yang kau agungkan akan jadi lara .

Kenapa mereka tidak dididik untuk menjadi hamba Allah yang taat ?

Anak itu permati hati. Anak itu amanah Allah

Di sini jelas, bahawa pemberian nafsu oleh Allah s.w.t kepada manusia adalah tanda kemuliaan manusia melebihi penciptaan lain tetapi jika manusia tidak dapat menguruskannya sebagaimana yang digariskan Allah, maka martabat kemanusiaan akan jatuh setaraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari haiwan.

p/s : Beringatlah sebelum membuat sesuatu . Tanamlah sifat keibuanmu didalam diri. Ayuh wanita pertahankan hakmu sebagai seorang perempuan yang bermaruah :)

Tuesday, December 13, 2011

ERTI KEHIDUPAN



Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

P/S: assalamualaikum dan renungkanlah maksud tersurat dan tersiratnya :)

Tuesday, December 6, 2011

MERDEKA !




Di medan perjuangan yang hampir selesai . ahaks

I love you lah kawan . Walau apa pun jadi awak tetap menjadi kawan saya . muah 


Hanya sepatah kata MERDEKA !
(berhenti dari memanggil aku budak sekolah . ok ?heee)

Semoga persahabatan kita kekal ok kawan-kawan! muah !
(maafkan kita selama ini kita buat salah dekat korang)

Semoga kami mendapat keputusan yang cemerlang . aminnn


 p/s: tamat dah zaman bersuka ria dan terkinja kinja di sekolah . sekarang sudah tiba masanya untuk menginjak ke alam dewasa . insyaallah semoga aku dan kawan-kawan mendapat keputusan yang cemerlang . aminn


Saturday, November 26, 2011

SENYUM



Senyum . Tiada ertinya bagi diri aku lagi . Aku mungkin boleh tersenyum seperti orang lain tapi hati aku ? Tidak mungkin boleh tersenyum selepas semua kejadian ini. Ingatan aku juga tidak mampu tersenyum selepas semua ini . Tragedi itu sentiasa bermain di fikiran ku .

Siapa diri aku bagi kau ? Adakah hanya seorang perempuan yang lemah mengharapkan belas ehsan dari orang lain ?? Adakah hanya seorang perempuan yang tidak mampu berdiri dengan kakinya sendiri ? Atau hanyalah seorang perempuan yang sentiasa sentiasa mementingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain ?

Mungkin aku terlalu bodoh sehinggakan perasaan benci kau terhadap aku tidak dirasai oleh aku . Aku masih lena dibuai erti kasih sayang . Ya. Aku cuba memahami bait bait percakapan kau . Tapi aku masih tenggalam di dalam lautan sayang kau . Biarpun kau meluahkan segala persaan benci kau terhadap aku tapi aku masih di situ menunggu kau menyambut aku .

Sekarang aku mulai sedar akan kekhilafan diri ku . Mengharapkan orang yang pernah kita sayang kembali kepada kita. Ya . Aku akan keluar dari kepompong hidup kau setelah semuanya selesai. Semoga kau bahagia dengan kehidupan kau . Aku juga berharap selepas semua ini keluar dari garisan penamat ,aku dapat memulakan hidup yang lebih bahagia  dengan oran yang aku  sayang dan cintai .

p/s: ini hanya pesanan untuk diriku. Bukan untuk sesiapa. Assalamualaikum.

Monday, November 21, 2011

DIA IDOLA KU ...




Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ini aku ingin menceritakan kisah seorang wanita yang menjadi idola dalam hidup aku . Dia bukan lah seorang artis , hartawan , ahli politik ataupun seorang usahawan yang berjaya . Dia hanyalah seorang insan yang bergelar emak . Atau yang lebih tepat, dia ialah nenek aku .

Dia hanya lah seorang isteri yang solehah , seorang emak yang bertanggungjawab , seorang nenek yang penyayang dan seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya. Ya Allah aku sangat kagum hamba Mu yang seorang ini . Seorang wanita yang sangat tabah dan kuat menempuh liku-liku kehidupan .

Sejak kecil lagi aku telah dibesarkan oleh seorang wanita yang bergelar nenek . Sejak aku keluar dari perut ibuku , aku telah di asuh oleh nenek dan atuk aku kerana ibu dan ayah aku sibuk bekerja . Eratnya hubungan kami sehingga aku memanggil mereka dengan panggilan keramat MAK dan ABAH . Aku ditatang bagai minyak yang penuh . Sehinggakan kadang-kadang aku merasakan kasih sayang aku terhadap mereka lebih dari aku menyayangi kedua ibu bapaku.

Pada setiap pagi , mak dan abah akan pergi ke kebun untuk mengusahakan tanaman mereka . Hanya untuk mencari duit untuk makan dan menunaikan segala permintaan aku . Tak pernah sekalipun apabila aku meminta sesuatu kepada mak , mak mengatakan tidak kepada aku . Walaupun emak tak ada duit tapi mak akan cuba juga tunaikan permintaan aku . Selepas emak pulang dari kebun , emak akan masak kan pula untuk aku . Setiap hari emak akan masak lauk kegemaran aku .

Pada setiap petang pula emak akan mengemas laman rumah . Emak akan menyapu di luar rumah dengan penyapu lidinya sambil mendengar radio Melaka Fm . Aku pula akan duduk dalam rumah melihat emak sambil berbual kosong bersama-sama . Bercerita itu dan ini . Pada waktu malam pula , emak akan duduk di hamparan sejadah untuk sujud kepada Allah. Untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang hamaba Allah.Aku pula sentiasa berada disisi emak .Emak telah mendidik akau menjadi seorang perempuan yang beragama Islam Emak telah mendidik aku cara bersolat kepada Allah, memakai tudung menutup setiap helaian rambutku , menutup auratku sebagai seorang perempuan serta nilai-nilai seorang wanita Islam.

Selain emak membesarkan aku , emak juga telah menjaga seorang anak lelaki yang sangat nakal iaitu Aiman . Merupaka anak busuku . Aiman baru berumur 11 tahun . Pada setiap pagi emak akan menghantar Aiman ke sekolah . Sehinggalah pada suatu hari satu tragedi yang tak disangka. Emak dan Aiman terlibat dalam kemalangan jalan raya . Ya Allah . Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu . Di saat aku sedang bersiap untuk pergi ke sekolah , datang seorang hamba Allah memberitahu bahawa emak dan Aiman yang aku sudah menganggapnya sebagai adik terlibat dalam satu kemalangan .

Ketika itu , aku ibarat orang yang hilang pedoman . Aku menyalahkan diri aku . Aku teringat segala kenangan aku bersama emak . Aku baru teringat segala pengorbanan dan penat lelah emak menjaga aku . Emak mengalami kecederaan yang sangat parah . Sehinggakan Hospital Melaka terpaksa menghantar ke Hospital Kuala Lumpur. Aiman hanya mengalami kcederaan di kepala.Kaki emak terpaksa masuk area,darah beku di kepala dan tulang rusuk patah tiga. Ya Allah , kuat sungguh ujian yang emak lalui .

Setiap hari aku akan datang melawat da menemani emak di hospital . Aku lupa semua tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Aku hanya inginkan emak cepat sembuh sahaja . Aku menjadi peneman yang paling setia di hospital itu . Sehinggakan semua doktor dan nurse di situ mengenali aku . Pesakiti-pesakit disitu sudah tukar bersilih ganti tetapi emak masih terbaring di katil hospital lagi .

Sehinggalah satu hari doktor mengizinkan emak pulang ke rumah Katanya keadaan emak sudah semakin stabil . Emak pulang ke rumah ketika itu dalam keadaan kaki mempunyai area dan wajah yang sugul . Wajah yang menahan kesakitan .Setiap hari emak akan menangis menahan kesakitan. Tetapi hari ini emak sudah boleh tersenyum , tergelak , berborak  walaupun emak sakit . Sekarang area di kaki emak sudah di buka dan doktor telah menyimen kaki emak .Apabila semua sembuh emak akan berjalan semuala seperti dahulu .

Aku hanya mampu berdoa semoga Allah mengurangkan kesakitan emak dan emak cepat sembuh . Emak seorang wanita yang sangat kuat Tiada seorang pun yang dapat menggantikan emak di hati aku . Emak merupakan seorang wanita akan yang menjadi idola di hatiku sepanjang hidup aku...







p/s: 'Allah tidak akan menguji hanmbaNya , jika seseorang itu tidak mampu menanggung ujian itu' . Aku terlalu menyayangi emak . Assalamualaikum.