About Me

My photo
Assalamualamualaikum. I'm not perfect gurl but i will try my best in my life .

Blog Archive

Powered by Blogger.

Monday, November 21, 2011

DIA IDOLA KU ...




Assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ini aku ingin menceritakan kisah seorang wanita yang menjadi idola dalam hidup aku . Dia bukan lah seorang artis , hartawan , ahli politik ataupun seorang usahawan yang berjaya . Dia hanyalah seorang insan yang bergelar emak . Atau yang lebih tepat, dia ialah nenek aku .

Dia hanya lah seorang isteri yang solehah , seorang emak yang bertanggungjawab , seorang nenek yang penyayang dan seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya. Ya Allah aku sangat kagum hamba Mu yang seorang ini . Seorang wanita yang sangat tabah dan kuat menempuh liku-liku kehidupan .

Sejak kecil lagi aku telah dibesarkan oleh seorang wanita yang bergelar nenek . Sejak aku keluar dari perut ibuku , aku telah di asuh oleh nenek dan atuk aku kerana ibu dan ayah aku sibuk bekerja . Eratnya hubungan kami sehingga aku memanggil mereka dengan panggilan keramat MAK dan ABAH . Aku ditatang bagai minyak yang penuh . Sehinggakan kadang-kadang aku merasakan kasih sayang aku terhadap mereka lebih dari aku menyayangi kedua ibu bapaku.

Pada setiap pagi , mak dan abah akan pergi ke kebun untuk mengusahakan tanaman mereka . Hanya untuk mencari duit untuk makan dan menunaikan segala permintaan aku . Tak pernah sekalipun apabila aku meminta sesuatu kepada mak , mak mengatakan tidak kepada aku . Walaupun emak tak ada duit tapi mak akan cuba juga tunaikan permintaan aku . Selepas emak pulang dari kebun , emak akan masak kan pula untuk aku . Setiap hari emak akan masak lauk kegemaran aku .

Pada setiap petang pula emak akan mengemas laman rumah . Emak akan menyapu di luar rumah dengan penyapu lidinya sambil mendengar radio Melaka Fm . Aku pula akan duduk dalam rumah melihat emak sambil berbual kosong bersama-sama . Bercerita itu dan ini . Pada waktu malam pula , emak akan duduk di hamparan sejadah untuk sujud kepada Allah. Untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang hamaba Allah.Aku pula sentiasa berada disisi emak .Emak telah mendidik akau menjadi seorang perempuan yang beragama Islam Emak telah mendidik aku cara bersolat kepada Allah, memakai tudung menutup setiap helaian rambutku , menutup auratku sebagai seorang perempuan serta nilai-nilai seorang wanita Islam.

Selain emak membesarkan aku , emak juga telah menjaga seorang anak lelaki yang sangat nakal iaitu Aiman . Merupaka anak busuku . Aiman baru berumur 11 tahun . Pada setiap pagi emak akan menghantar Aiman ke sekolah . Sehinggalah pada suatu hari satu tragedi yang tak disangka. Emak dan Aiman terlibat dalam kemalangan jalan raya . Ya Allah . Hanya Allah yang tahu perasaan aku ketika itu . Di saat aku sedang bersiap untuk pergi ke sekolah , datang seorang hamba Allah memberitahu bahawa emak dan Aiman yang aku sudah menganggapnya sebagai adik terlibat dalam satu kemalangan .

Ketika itu , aku ibarat orang yang hilang pedoman . Aku menyalahkan diri aku . Aku teringat segala kenangan aku bersama emak . Aku baru teringat segala pengorbanan dan penat lelah emak menjaga aku . Emak mengalami kecederaan yang sangat parah . Sehinggakan Hospital Melaka terpaksa menghantar ke Hospital Kuala Lumpur. Aiman hanya mengalami kcederaan di kepala.Kaki emak terpaksa masuk area,darah beku di kepala dan tulang rusuk patah tiga. Ya Allah , kuat sungguh ujian yang emak lalui .

Setiap hari aku akan datang melawat da menemani emak di hospital . Aku lupa semua tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Aku hanya inginkan emak cepat sembuh sahaja . Aku menjadi peneman yang paling setia di hospital itu . Sehinggakan semua doktor dan nurse di situ mengenali aku . Pesakiti-pesakit disitu sudah tukar bersilih ganti tetapi emak masih terbaring di katil hospital lagi .

Sehinggalah satu hari doktor mengizinkan emak pulang ke rumah Katanya keadaan emak sudah semakin stabil . Emak pulang ke rumah ketika itu dalam keadaan kaki mempunyai area dan wajah yang sugul . Wajah yang menahan kesakitan .Setiap hari emak akan menangis menahan kesakitan. Tetapi hari ini emak sudah boleh tersenyum , tergelak , berborak  walaupun emak sakit . Sekarang area di kaki emak sudah di buka dan doktor telah menyimen kaki emak .Apabila semua sembuh emak akan berjalan semuala seperti dahulu .

Aku hanya mampu berdoa semoga Allah mengurangkan kesakitan emak dan emak cepat sembuh . Emak seorang wanita yang sangat kuat Tiada seorang pun yang dapat menggantikan emak di hati aku . Emak merupakan seorang wanita akan yang menjadi idola di hatiku sepanjang hidup aku...







p/s: 'Allah tidak akan menguji hanmbaNya , jika seseorang itu tidak mampu menanggung ujian itu' . Aku terlalu menyayangi emak . Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment