About Me

My photo
Assalamualamualaikum. I'm not perfect gurl but i will try my best in my life .

Blog Archive

Powered by Blogger.

Sunday, September 15, 2013

hidup....




Hidup aku bagai perahu kertas yang hanyut bersama liku liku sungai. Hilang dibawa deras air. Ya Allah. Tabahkan hati ini menempuh dugaanMu. Kemana sahaja aku pergi pasti ada masalah yang datang. Terima kasih Ya Allah. Kerana aku tahu Allah menguji kerana Dia sayang kita. Ya Allah aku tahu satu hari Kau akan beri aku pelangi yang tersangat indah untuk aku nikmati. Ya Allah kau tunjukkanlah jalan yang sedang kau ciptakan untuk aku. 



RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Monday, September 24, 2012



Assalamualaikum. Hari ini aku cuba untuk menjadi kuat. Menjadi kuat di depan kawan-kawan aku. Aku tak nak menangis depan mereka. Biarpun keputusan yang aku pilih ni sangat sukar untuk di buat. Tapi aku perlu memikirkan keluarga aku. Aku tak boeh pentingkan diri aku. Aku tahu Allah telah aturkan jalan ini buat aku. Dan apa yang berlaku ini akan menjadi kenangan paling terindah dalam diri ini. Terima kasih.

Thursday, September 13, 2012

RINTIHAN


Assalamualaikum...

Firman Allah SWT : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang lelaki yang beriman: hendaklah mereka menahan( sebahagian ) daripada pandangan mereka  dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat .” ( surah An-Nur ayat 30)Firman Allah yang menerangkan akan batas-batas aurat wanita ialah : ( surah An-Nur ayat 31)


"Jadilah muslimah Allah sayang". Pesanan yang sentiasa terpahat di ingatan aku. Tapi ? Aku tak pernah mampu melaksanakan permintaan itu sampai hari ini. Ya Allah ! Aku tidak mampu menjadi muslimah yang sempurna. Masih terlalu banyak cela dalam kehidupan aku. Ya Allah pimpinlah aku ke jalan-Mu.. Kuatkanlah aku untuk menempuh segala onak duri kehidupan ini. Aku tunduk sujud pada-MU..

Monday, September 3, 2012

Ketawa dalam air mata


Assalamualaikum Cinta...

Curahan hati ini hanya ingin melepaskan lelah yang terbuku di hati ini. Cinta. Mengapa aku terlalu mudah untuk menjadi hamba cinta? Ya Allah kau peluklah hati ini untuk menjadi seorang wanita yang tabah. Hati ini terlalu sakit untuk mengejar bayang cinta si dia. Mutiara jernih ini terlalu mudah mengalir untuk dirinya. Aku tidak mampu lagi untuk pendam perasaan ini.. Mungkin aku harus melangkah pergi meninggalknnya untuk mendapatkan senyuman hati ini. Meninggalakan cinta yang tiada sulamannya. Cinta yang tiada mula dan akhirnya...

Ya Allah...
Andai hari ini aku kehilangan harapan
Tetapkanlah imanku
Tuk hadapi hari seterusnya
Dan yakinkanlah aku
Bahawa akan engkau gantikan
Dengan yang lebih 
Dari sebelumnya.



p/s: kaki ini tidak mampu lagi untuk mengejar bayag cintanya.

Saturday, September 1, 2012

Istikharah Cinta



Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a

Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman

Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata

Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu

Di Istikharah Cinta..

p/s : tersenyumlah wahai hati yang bersedih

Sunday, July 22, 2012

Happy Ramadhan


Assalamualaikum si comel .Sha nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang lebih baik pada sebelumnya. :)