About Me

My photo
Assalamualamualaikum. I'm not perfect gurl but i will try my best in my life .

Blog Archive

Powered by Blogger.

Wednesday, April 20, 2011

KAU PERGI....



MUHD SAFWAN B. HASHIM

Sayu terpisah
Hikayat indah ini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak kau ku lupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia
kau pergi.. Kau pergi.. Kau pergi..


Pada tahun 2009 aku telah mengenali seorang khalif yang bergelar lelaki...Yang hatinya penuh mawaddah terhadap ALLAH..Betapa izharnya kemulian peribadinya,akhlaknya,tutur bicaranya,tingkah lakunya,tinta langkahnya dan taqwanya ...

Siapa aku?? Aku hanya seorang gadis biasa yang hanya ingin berseronok di bumi Allah sahaja.. Aku alpa menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslimah Allah.. Aku lupa tanggungjawab aku sebagai seorang anak dan pelajar... Aku ibarat seorang insan yg sedang terapung2 di awan mencari diri sendiri

Bermulanya titik perkenalan aku bersama seorg khalif Allah yg bernama Muhd Safwan.. Pada ketika itu aku bersama Tiqa di kantin sedang beronok-ronok.. Ketika itu ialah Hari Kantin di sekolah so aku ada buat persembahan.. Ketika itu aku hanya berkurung kedah dan memakai tudung ikin( x slap aku larh.. yg pasti uh baju warna kuning sebab sekolah punya.. hahahh).. Sedang aku bergelak2 like Cik Ponti datanglah beliau menghampiri ku dan menegur aku... Aku hanya melayan beliau acu x acu jew.. Well melihat dari cara pakaian dan tutur bicaranya sahaja aku tahu beliau ini seorang yang bagaimana....

Beliau meminta izin dekat aku untuk duduk join kitaorang.. Then aku tiada pilihan ketika itu, x akn aku nak menolak pulak.. Dekat kepala otak aku dah berfikir bahawa beliau nak bagi kutbah kat aku... Tapi andaian aku meleset sama sekali..Aku sungguh x sangka yg dia boleh ikot kepala sewel aku.. Dia gelak2 with aku.. Tengah sedap kami borak2 beliau telah dipanggil oleh seorang sahabatnya yg bernama Hafiz bahawa beliau mempunyai tugas.. Almaklumlah beliau seorang ketua pengawas.. Tapi sebelum beliau pergi beliau telah meninggalkan nombor telefonnya dan bertutur begini kepada ku "SHERA,TIADA PEREMPUAN YG LEBIH CANTIK SELAIN DARIPADA PEREMPUAN YG MENUTUP AURATNYA".... Ketika itu aku terpempan dengan pesanannya terhadap aku.....

Pada malm itu aku menghantar sms kepada beliau yg itu nombor tel aku... Mulai pada hari itu,beliau sering memberi nasihat kepada aku..Cara beliau mengajak aku mendekati ALLAH sangat halus.. Even dia beri aku baju muslimah time birthday aku.. Dah jelas lg bersuluh kan aku tak pakai baju macm itu.. Beliau tidak memaksa aku untuk menjadi org lain.. Beliau hanya nasihat dan bila aku bertanya  adakah kata2 itu dituju untuk aku.. beliau hanya ketawa dan senyum.... :)
Lama kelamaan pintu hati aku terbuka dengan sendirinya... Aku terfikir alangkah cantiknya kalau aku menutup aurat aku dengan sepenuhnya...Itulah yg sering beliau tuturkan kepada aku...Alhamdulillah... Akhirnya kau brubah menjadi yg lebih baik... Terima kasih awak.. If belaiu tiada mungkin sampai sekarang aku masih sama seperti dulu.. Aku telah menghijrahkan diri aku menjadi seorg yg lebih baik... Thanks God.. :)

Beliaulah tempat aku meluah segala masalah... Beliaulah tempat aku meminta nasihat dan pendapat... Tapi aku sangkakan panas hingga ke petang rupa2nya hujan di tengahari(hahaha betul ke peribahasa aku ni??).. Hujung tahun 2009 aku menerima sepucuk surat daripada beliau yg hanyadikirimkan kepada Abg Hafiz... Aku terduduk apabila membaca surat beliau.. Pada ketika aku membaca warkah beliau, beliau sedang berperang di dalam bilik pembedahn.. Astaghfiruallah.. Ketika itu aku hanya mampu bermohon kepada Allah selamatkanlah beliau...

Alhamdulillah.. Pembedahan itu berhasil.. Beliau dapat menjalankan rtin harian beliau seperti biasa..Aku juga menjalankan kehidupan aku seperti  biasa.. Aku bersyukur kepada Allah kerana memberi aku waktu untuk aku mengenali beliau dengan lebih dekat... :)

Pada tahun 2010 aku menerima khabar daripada beliau bahawa ayah beliau sudah meninggal dunia.. Aku sangat terkejut dan yg paling mengecewakan aku tidak dapat hadir semasa hari pengebumian tersebut.. Al fatihah buat arwah Armarhum Hashim...

Bermula pada hari itu beliau telah mengmbil tugas sebagai ketua keluarga di dalm keluarga beliau.. Memandangkan beliau anak lelaki tunggal dalm keluarga beliau.. Ketika itu aku mula terasa jauh dengan beliau.. Sangat jauh.. Hanya kadang2 shaja kami berhubung...

Pda tahun 2011.. REALLY kami loss contact.. Aku x taw perkembangan beliau.. Dan pernah sekali aku cuba menghubungi beliau tetapi beliau tidak mahu bercakap dengan aku.. Aku sanga sedih.. Sedih.. DAN SEDIH...

PADA TANGGAL 01APRIL2011 semasa aku sedang tidur aku telah menerima panggilan daripada seorang teman aku bahawa MUHD SAFWAN telah kembali ke rahmatuallah... Ya Allah ! Betul ke apa yg aku dengar ?? Atau aku hanya bermimpi.. Tapi apabila aku cubit pipi aku... Awww sakit.. Ya Allah aku x mimpi.. Tapi aku masih tak percaya.. Aku cuba telefon nombor telefon beliau untuk mendapatkan kesahihan cerita itu... Ya Allah.. Benar.. Beliau telah pergi meninggalkan dunia yang fana itu..

Selepas maghrib aku bergegas ke rumah beliau bersama Umira, Taufiq dan Kak Aisya.. Sampai sahaja di sana rumah beliau dibanjiri dengan ramai sangat orang... Aku beristighfar lgi.. Ya Allah org baik meninggal, ramainya orang... Semasa aku sampai jenazah tidak tiba lgi..

Tidak lama kemudian, jenazah arwah tiba... Ketika itu aku tidak kuat untuk menghadapi semua ini.. Aku hanya mampu berpaut di lengn umira dan kak aisya...Saat itu air mata aku tumpah di pipi buat kesekian kalinya... "Maaf Abg,, Shera meratap atas pemergian abang..."

Akhirnya orang yang aku sayang meninggalkan aku... Meninggalkan aku di dunia yg serba indah ini untuk mengharung liku-liku hidup.. AL-FATIHAH BUAT MUHD SAFWAN HASHIM..


p/s:Shera x sgka pertemuan kita kali ini apabila mata abg sudah tertutup rapat.. Yang tinggal hanya jasad abang untuk di solatkan..Shera berdoa agar roh abg dicucuri rahmat.. Shera akn ingat abg hingga hujung nyawa shera..

No comments:

Post a Comment